Saturday, 20 August 2011

@_@

hahaha 


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi


kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di

tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu

beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di

tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu

propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan

makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana

ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan

digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi

mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-

nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang

Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca

diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca

Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif

dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

bile fikir2 balik cam ade betolnye..HAHAH~






No comments: